Skip to main content

Tutorial Iron Board Cover

Assalamuallaikum dan Salam Sejahtera semua sahabat-sahabat blogger
Hari ni anak saya demam jadinya tiada aktiviti menjahit di rumah.hari ni saya nak share cara saya buat ion board cover.board ni dah lama saya beli masa zaman belajar dulu. dan di warisi oleh 2 orang adik saya juga yang pernah belajar didi semenanjung ni..ion board ni banyak berbakti.
nak buang sayang. Jadinya saya akan make over board jadi macam baru beli

Pada kawan yang ingin mendapatkan tutoial dari kawan-kawan lain saya ada share di group Ilmu Jahitan dan Jika kawan-kawan ingin menempah keperluan bayi dan anda boleh la visit Larrie's BOoo Baby Boutique
ion board yang sudah lebih 10 tahun usianya

Langkah Pertama

saya buka semua cover board ni lama. Saya bentang kan dan letak board seperti gambar dibawah.
ukur 3inch mengunakanpitapengukur disekeliling board ini.
kalau anda tiada mesin jahit tepi lebih kan 0.5 inch dan jahit hujung kain untuk nampak kemas sebelum anda jahit bahagian 

Langkah ke Dua

Tandakan bahagian tengah seperti gambar di bawah. kalau anda tiada mesin jahit tepi seperti yang saya katakan di langkah pertama tadi..bahagia hujung anda jahit keliling.
tanda yang kita buat ini untuk menanda aras di mana kita akan masukkan tali pengikat kita nanti.


Langkah keTiga

Jahit garis pertama sehingga ke garis yang kedua. Jangan lupa kemaskan jahitan untuk memudahkan jahitan kita tidak terbuka semasa memasang tali. Jarak yang saya buat adalah 0.5 inch.
seterusnya masukkan tali mengunakan alatan yang anda rasa boleh masuk dalam lubang yang kita telah buat tadi. Saya mengunakan pin macam yang anda nampak di gambar.
Pada bahagian hujung tadi saya buat ekor. memudahkan hujung tali yang saya gunakan tidak tercarik. kerana tali yang saya gunakan kebiasaannya digunakan untuk membuat barut bayi.


Langah ke Empat

Saya gunakan batting 2 inch . Ambil board anda  tadi dan ukur pada batting  dan guting.
rujuk pada gambar di bawah.


Langkah ke Lima

Masukkan Batting dan kain yang telah kita buat tadi. Tarik pada tali tersebut dan ketatkan..lepas tu ikat tali tadi.
rujuk pada gambar di bawah.


Dan Taraaaaaa ini la hasilnya..
teknik ini boleh di gunakan untuk semua jenis saiz ion board. Kecil , sederhana, besar.
selamat mencuba kawan-kawan . semoga perkongsian ini dapat menolong anda menjana pendapatan mungkin??atau dapat menukar wajah ion board anda menjadi seperti baru di beli.




setiap tutorial yang saya buat sendiri saya share dengan ikhlas hati dan saya halalkan. Sudi la kiranya share kepada kawan-kawan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Tutorial Bantal Karipap

Assalamuallaikum dan Salam Sejahtera semua. hari ini saya nak share tutorial yang saya buat sendiri . jika anda berminat melihat tutorial  dari kawan kawan yang lain boleh visit group   Ilmu Jahitan dan bolehjika kawan kawan hendak membeli barangan bayidan ibu yang saya jahit boleh la visit pages saya   Larrie's BOoo Baby Boutique    atau boleh terus Whatsapp  di no 01133385536 Ok JOM semua kita mulakan tutorial bantal karipap 2 layer beropol saya . بسم الله الرحمن الرحيم Bismillahhirahmanirahim Langkah Pertama untuk bahagian ropol gunting kain 4 inch lebar dan 45 inch panjang ( jika mau lagi beropol tambah ikut berapa inch yang anda suka.) rujukan seperti gambar di atas!!! untuk bantal karipap kali ini saya mengunakan 2 layer untuk bahagian ropol .Bahagian ini adalah layer pertama. Langkah ke Dua lipat kain padadua bahagian . Ukuran yang perlu di  ambil adalah 9.5 inch x 6 inch ( lip...

Tilam Kekabu

Assalamuallaikum  dan Salam Sejahtera Saya merima tempahan membuat tilam bayi , pelbagai pilihan fabric dan juga design tilam yang boleh anda tempah , selalunya saya akan buat tempahan mengikut kehendak pelanggan . Harga berbeza  bergantung pada material kain dan tambahan pada set tilam yang anda tempah. tilam di bawah adalah ready stock penerangan product 1 tilam 1 bantal kepala 2 bantal guling 1 dimple pillow square material english designer cotton minky dot fabric kain belacu ( untuk tilam dan bantal bahagian dalam ) kekabu Asli 100% Kekabu Japenese Cotton ( bahagian belakang sarung tilam ) Harga RM280 Sekarang ada discount RM200 sahaja postage RM10 SM RM15 SS jika berminat boleh whatsapp terus di no 01133385536 atau visit Larrie's BOoo Baby Boutique