Skip to main content

Tutorial Bantal Karipap

Assalamuallaikum dan Salam Sejahtera semua.
hari ini saya nak share tutorial yang saya buat sendiri . jika anda berminat melihat tutorial  dari kawan kawan yang lain boleh visit group  Ilmu Jahitan dan bolehjika kawan kawan hendak membeli barangan bayidan ibu yang saya jahit boleh la visit pages saya  Larrie's BOoo Baby Boutique  
atau boleh terus Whatsapp  di no 01133385536


Ok JOM semua kita mulakan tutorial bantal karipap 2 layer beropol saya .



بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillahhirahmanirahim



Langkah Pertama

untuk bahagian ropol gunting kain 4 inch lebar dan 45 inch panjang ( jika mau lagi beropol tambah ikut berapa inch yang anda suka.)
rujukan seperti gambar di atas!!!

untuk bantal karipap kali ini saya mengunakan 2 layer untuk bahagian ropol .Bahagian ini adalah layer pertama.




Langkah ke Dua

lipat kain padadua bahagian . Ukuran yang perlu di  ambil adalah 9.5 inch x 6 inch ( lipat 2 kain anda )  buat 2 bahagian 

untuk bahagian bucu anda boleh gunting ikut kesesuian yan anda rasakan cantik dan ok bentuknya bila dah siap nanti.



Langkah ke Tiga

Jahitkan kedua bahagian hujung kain dan terbalikkan . selepas anda terbalikkan boleh la sterika layer pertama ini.


untuk layer kedua ukurannya adalah 1.5 inch x 45 inch ( jika mau lagi beropol tambah ikut berapa inch yang anda suka) - ikut layer pertama tadi

jahit tepi bahagian atas dan bahagian tepi kain ini.


Langkah Ke Empat

layer pertama dan layer ke dua di cantumkan.
layer pertama berada paling atas sekali dan layer ke dua berada di bawah layer pertama.

Saya mengunakan 2 jenis kain 
pertama bercorak dan kedua tiada corak ( plain color ) . Pertama gunakan kain yang bercorak dan pastikan bahagian depan berada di atas. seterusnya laye rkedua dan layer pertama. ( seperti gambar diatas )

Langkah Ke Lima

Jahitkan bahagian ropol anda .pastikan anda mulakan 0.5 inch dan pada  hujung juga tinggalkan 0.5inch ( bagi memudahkan anda menjahit. tanda dahalu dan jahit)

 

Seperti gambar di atas setelah anda menjahit bahagian ropol tadi . simpan bahagian satu lagi di atas kain yang telah kita jahit.
bagi memudahkan anda menjahit tanda dahulu mengunakan kapur bahagian yang hendak di jahit.tinggalkan 4 inch bahagian tengan untuk memudahkan kita menterbalikkan kain ini nanti


Langkah Ke Enam

Lukisan bulatan di bahagian tengah ikut kesesuian yang anda rasa sesuai untuk kegunaan  bayi yang baru lahir . Jahitkan bulatan yang anda lukis tadi .



Langkah Ke Tujuh

Masukkan Loose Fiber Kedalam kain yang anda telah jahit tadi . Saya gunakan loose fibre  gred AAA korea khusus untuk patung .Sebabnya saya tak mahu ada loose fibre yang keluar dari bantal saya  . Seterusnya anda selesai memasukkan loose fibre boleh la anda jahit teknik sembunyi pada bahagian yang terbuka tadi.



Taraaaaa Ini la hasilnya bantal karipap 2 layer ropol saya.

kepada kawan - kawan semua semoga tutorial ini menjadi manfaat kepada anda . 


Comments

  1. Mashaa Allah...cantik hasil kerja Puan.izin Saya ambil ilmu ni ye Puan..terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tutorial Iron Board Cover

Assalamuallaikum dan Salam Sejahtera semua sahabat-sahabat blogger Hari ni anak saya demam jadinya tiada aktiviti menjahit di rumah.hari ni saya nak share cara saya buat ion board cover.board ni dah lama saya beli masa zaman belajar dulu. dan di warisi oleh 2 orang adik saya juga yang pernah belajar didi semenanjung ni..ion board ni banyak berbakti. nak buang sayang. Jadinya saya akan make over board jadi macam baru beli Pada kawan yang ingin mendapatkan tutoial dari kawan-kawan lain saya ada share di group Ilmu Jahitan  dan Jika kawan-kawan ingin menempah keperluan bayi dan anda boleh la visit Larrie's BOoo Baby Boutique ion board yang sudah lebih 10 tahun usianya Langkah Pertama saya buka semua cover board ni lama. Saya bentang kan dan letak board seperti gambar dibawah. ukur 3inch mengunakanpitapengukur disekeliling board ini. kalau anda tiada mesin jahit tepi lebih kan 0.5 inch dan jahit hujung kain untuk nampak kemas sebelum anda jahit bahagian ...

Tilam Kekabu

Assalamuallaikum  dan Salam Sejahtera Saya merima tempahan membuat tilam bayi , pelbagai pilihan fabric dan juga design tilam yang boleh anda tempah , selalunya saya akan buat tempahan mengikut kehendak pelanggan . Harga berbeza  bergantung pada material kain dan tambahan pada set tilam yang anda tempah. tilam di bawah adalah ready stock penerangan product 1 tilam 1 bantal kepala 2 bantal guling 1 dimple pillow square material english designer cotton minky dot fabric kain belacu ( untuk tilam dan bantal bahagian dalam ) kekabu Asli 100% Kekabu Japenese Cotton ( bahagian belakang sarung tilam ) Harga RM280 Sekarang ada discount RM200 sahaja postage RM10 SM RM15 SS jika berminat boleh whatsapp terus di no 01133385536 atau visit Larrie's BOoo Baby Boutique