Assalamuallaikum dan Salam Sejahtera semua.
hari ini saya nak share tutorial yang saya buat sendiri . jika anda berminat melihat tutorial dari kawan kawan yang lain boleh visit group Ilmu Jahitan dan bolehjika kawan kawan hendak membeli barangan bayidan ibu yang saya jahit boleh la visit pages saya Larrie's BOoo Baby Boutique
atau boleh terus Whatsapp di no 01133385536
Ok JOM semua kita mulakan tutorial bantal karipap 2 layer beropol saya .
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Bismillahhirahmanirahim
Langkah Pertama
untuk bahagian ropol gunting kain 4 inch lebar dan 45 inch panjang ( jika mau lagi beropol tambah ikut berapa inch yang anda suka.)
rujukan seperti gambar di atas!!!
untuk bantal karipap kali ini saya mengunakan 2 layer untuk bahagian ropol .Bahagian ini adalah layer pertama.
Langkah ke Dua
lipat kain padadua bahagian . Ukuran yang perlu di ambil adalah 9.5 inch x 6 inch ( lipat 2 kain anda ) buat 2 bahagian
untuk bahagian bucu anda boleh gunting ikut kesesuian yan anda rasakan cantik dan ok bentuknya bila dah siap nanti.
Langkah ke Tiga
Jahitkan kedua bahagian hujung kain dan terbalikkan . selepas anda terbalikkan boleh la sterika layer pertama ini.
untuk layer kedua ukurannya adalah 1.5 inch x 45 inch ( jika mau lagi beropol tambah ikut berapa inch yang anda suka) - ikut layer pertama tadi
jahit tepi bahagian atas dan bahagian tepi kain ini.
Langkah Ke Empat
layer pertama dan layer ke dua di cantumkan.
layer pertama berada paling atas sekali dan layer ke dua berada di bawah layer pertama.
Saya mengunakan 2 jenis kain
pertama bercorak dan kedua tiada corak ( plain color ) . Pertama gunakan kain yang bercorak dan pastikan bahagian depan berada di atas. seterusnya laye rkedua dan layer pertama. ( seperti gambar diatas )
Langkah Ke Lima
Jahitkan bahagian ropol anda .pastikan anda mulakan 0.5 inch dan pada hujung juga tinggalkan 0.5inch ( bagi memudahkan anda menjahit. tanda dahalu dan jahit)
Seperti gambar di atas setelah anda menjahit bahagian ropol tadi . simpan bahagian satu lagi di atas kain yang telah kita jahit.
bagi memudahkan anda menjahit tanda dahulu mengunakan kapur bahagian yang hendak di jahit.tinggalkan 4 inch bahagian tengan untuk memudahkan kita menterbalikkan kain ini nanti
Langkah Ke Enam
Lukisan bulatan di bahagian tengah ikut kesesuian yang anda rasa sesuai untuk kegunaan bayi yang baru lahir . Jahitkan bulatan yang anda lukis tadi .
Langkah Ke Tujuh
Masukkan Loose Fiber Kedalam kain yang anda telah jahit tadi . Saya gunakan loose fibre gred AAA korea khusus untuk patung .Sebabnya saya tak mahu ada loose fibre yang keluar dari bantal saya . Seterusnya anda selesai memasukkan loose fibre boleh la anda jahit teknik sembunyi pada bahagian yang terbuka tadi.
Taraaaaa Ini la hasilnya bantal karipap 2 layer ropol saya.
kepada kawan - kawan semua semoga tutorial ini menjadi manfaat kepada anda .
Mashaa Allah...cantik hasil kerja Puan.izin Saya ambil ilmu ni ye Puan..terima kasih
ReplyDelete